Selamat Datang.

Seksyen Pengurusan Ruang Pejabat bertanggungjawab untuk memastikan urusan penempatan jabatan/kementerian sama ada di kompleks Pejabat kerajaan atau menyewa di premis swasta dan pengurusan kafeteria di bawah bahagian Pengurusan Hartanah bertaraf dunia menerusi pelaksanaan dasar-dasar kerajaan bagi mewujudkan suasana persekitaran kerja yang selamat, selesa dan memenuhi keperluan semasa.

Semua permohonan ruang, sama ada di Bangunan Gunasama atau di premis swasta perlu dikemukakan ke Seksyen Pengurusan Ruang Pejabat, bahagian Pengurusan Hartanah untuk dipertimbangakan.